Wednesday 31 August 2016

Cara Memasang Exterior Motion Sensor






Langkah keselamatan alatan


§        Pastikan arahan keselamatan dipatuhi untuk mengelakkan sebarang risiko kemalangan:

1)  Tangga mestilah sentiasa dalam keadaan baik dan seboleh-bolehnya tidak bercat. Semasa digunakan mestilah disaukkan ke bangunan dengan tali atau rantai atau dicondongkan. Di tempat-tempat licin mestilah disokong oleh penyokong tambahan untuk mengelakkan dari tergelincir atau boleh juga ditegapkan dengan menggunakan tapak yang berada pada jarak 1/3 dari panjang tangga. Pengguna mestilah tahu cara bekerja di atas tangga sebelum ia menggunakannya iaitu dengan menjuntaikan sebelah kakinya di antara anak tangga. Jadi apabila tangga itu mengelongsor ia tidak akan merbahayakan pengguna tersebut.

2)      Peralatan yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik dan sempurna.

3)      Peralatan harus disimpan ditempat yang betul dan selamat supaya mudah dicari bila diperlukan, lebih-lebih lagi di waktu kecemasan. Pastikan semua peralatan diletakkan ditempatnya yang asal selepas digunakan.

4)      Pastikan pembumian disetiap pemasangan berkesan. Elakkan dari berkarat.

5)      Pastikan pengalir (dawai) yang digunakan memenuhi saiz dan penebatan yang sesuai.

6)      Letakkan peralatan di tempat yang selamat. Kerosakan yang teruk atau kecederaan boleh berlaku jika alat ini terjatuh.

7)   Jangan buka dan tutup lampu terlalu cepat. Selepas menutup suis lampu, tunggu 10-15 saat sebelum membukanya semula.


8)      Sebelum memasangkan plug pada soket, pastikan suis pada soket dimatikan terlebih dahulu.

Langkah keselamatan persekitaran

§        Pastikan arahan keselamatan dipatuhi untuk mengelakkan sebarang risiko kemalangan:

1)      Jangan gunakan peralatan elektrik berhampiran dengan tempat yang lembap dan basah.

2)      Jangan letakkan lampu di tempat yang kotor, berhabuk dan lembap.

3)      Letakkan lampu dikawasan yang dapat menerangi seluas mungkin kawasan.

4)      Lantai tempat bekerja mestilah bersih daripada minyak, air atau gris. Semua bahan ini boleh menyebabkan pekerja tergelincir semasa bekerja ditempat tersebut.

Langkah keselamatan diri
§        Pastikan arahan keselamatan dipatuhi untuk mengelakkan sebarang risiko kemalangan:

1)      Menggunakan kasut yang bersesuaian.

2)      Pastikan kering.

3)      Pakai sarung tangan getah.

4)      Pakai cermin mata keselamatan semasa menebuk lubang.


v  Pastikan semua suia utama telah ditutup sebelum memulakan kerja-kerja pemasangan.

       v  Sediakan bahan-bahan dan peralatan-peralatan yang diperlukan:

A. Bahan-bahan :
i) Sensor / Motion Activated LED Floodlight (All-Pro MST18920LW, 180 Motion Activated Twin Head LED Floodlight, White)
B. Peralatan :
i) Pengesan Voltan / Voltage Detector (Greenlee GT-12 Non-Contact Self Testing Voltage Detector)
ii) Playar Muncung Tirus / Needle Nose Pliers (Stanley 84-096 5-Inch Needle Nose Plier)
iii) Pemutar Skru / Screwdrivers (flat & philips)- Stanley 69-189 Ratcheting Multi-Bit Screwdriver

v) Tangga / Ladder(Louisville Ladder FS1506 300-Pound Duty Rating Fiberglass Ladder, 6-Feet)
v) Penebuk Lubang / Drill (DeWalt DCD760KL cordless drill)

Langkah Kerja
Langkah 1 : Uji wayar hitam atau wayar hidup menggunakan penguji voltan untuk memastikan bekalan kuasa benar-benar telah tiada. 



Langkah 2 : Buka pendakap pelekap jika ada.



Langkah 3 : Keluarkan lampu baru, tanggalkan pendakap pelekap. Pasang pendakap pelekap pada kotak simpang dengan menggunakan skrew yang telah disediakan, atau skrew sendiri. Wayar haruslah dibiarkan terkeluar dari kotak simpang.



 Langkah 4 : Lekapkan pelekap lampu ke kotak simpang. Mulakan dengan wayar bumi. Pastikan wayar yang terdedah diluar rumah digulungkan kepada skrew hijau dan dibumikan. Putarkan kedua-dua wayar mengikut arah jam, kemudian pusingkan sehingga hujung nut wayar.


Langkah 5 : Tekan wayar hijau tadi rapat kepada kotak simpang dengan perlahan.

Langkah 6 : Seterusnya, pasang wayar neutral. Sekali lagi, putarkan kedua-dua wayar mengikut arah jam, kemudian pusingkan sehingga hujung nut wayar.


 Langkah 7 : Dengan perlahan, tekan wayar neutral rapat kepada kotak simpang untuk pastikan ianya tidak bersambung dengan wayar bumi.



Langkah 8 : Akhir sekali, pasangkan wayar hidup. Pusingkan bersama wayar neutral tadi, kemudian tambah wayar nut hingga hujung.



Langkah 10 : Padankan pelekap lampu dengan lubang pendakap pelekap. Pasang pelekap tersebut menggunakan skrew yang telah disediakan.


Langkah 11 : Lihat pada lampu, cari dimana butang TEST. Buka semula bekalan kuasa dan uji samada lampu berfungsi atau tidak. Tolak butang TEST kepada OFF dan tetapkan satu pilihan tertentu sahaja.

Langkah 12 : Kamu seharusnya bermain-main dengan kedudukan dengan lampu dan sensor bagi mendapatkan jarak yang tepat yang diperlukan. Sensor ini mampu untuk merangkumi jarak sejauh 70 meter. Hal ini bermaksud, jika kamu berada sejauh 70 meter dari sensor atau lampu dipasang, sensor masih boleh mengesan pergerakan tersebut.



SELESAI...
SELAMAT MENCUBA!!!